CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

-ini-blog-saya-

Blog ini secara rasmi nya telah dirasmi oleh saya Mohd Abid
Dan blog ini telah diluluskan oleh JuruPandu Berlesen 'L'
Jadi ini blog saya..
Dengan izin Allah, saya punya suka laa nak tulis apa pun..
Selamat membaca taw..
Baca bismillah..
:) (:

Wednesday, September 14, 2011

P.M.R and Allah


ASSALAMUALAYKUM !!!

Astaghfirullah
Berapa lama x update.
Akhirnya berpeluang jugak ana update blog ana.
[ actually banyak masa. :)) ]

OKKAY !STRAIGHT TO THE POINT

Selepas melalui Ramadhan yang agak mengecewakan,

dan Trial yang kurang memuaskan,
( who cares ? )

dah sampai peak time dia untuk PMR


Yang dah berlalu tu, ana biarkan berlalu.
Sekarang perjalanan ke arah hala tuju
Untuk mengecapi impian ku
Dalam PMR, Im Coming For You !
Insya Allah.


tajuk post neh,
PMR dan Allah.
hehe, gimik jaa lebeyh tu.
sebenarnya,
ana ada hasrat yang besar lepas PMR tu,
bak kata Habib Umar,


NAMUN TUJUAN KITA ADALAH SATU,
IAITU HENDAK BERJUMPA DENGAN RABBUL A'LAMINN
MENGAPA LIDAH KITA BERAT MENYEBUT NAMA ALLAH,
APAKAH DOSA YANG MENYEBABKAN LIDAH KITA BERAT
MENYEBUT NAMA ALLAH

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau,
bila kita fikir-fikir balik,

kita bersama komputer,
sama ka lamanya kita bersama Allah ?
kita bersama buku,
sama ka lamanya kita bersama Al-Quran ?

takut kita sebab dunia,
lebeyh daripada kita takutkan Allah ?

Berapa banyak butang huruf dekat keyboard tu hari-hari kita tekan,
adakah sama dengan bilangan huruf al-Quran yang kita baca ?





Tak pernah terfikr bukan ?
Terlalu sibuk untuk memikirkannya ?
Terlalu senang di dunia ?
Dok rasa macam dosa tu perkara ringan ja kan ?
mungkin sebab Allah tak tunjuk DOSA tu, sebab tu tak kisah kan ?

Hidup kita bukanlah kita boleh kata segala-galanya Allah telah aturkan,
kita duduk goyang kaki jaa, tak laa macam tu.

Tapi,

Hidup kita ni, Allah telah aturkan dengan yang terbaik,
dari segi cabaran, untuk ditempuhi
dari segi masalah, untuk mencari solusi
dari segi harta, untuk digali cari
dari segi dunia, mencari yang haqiqi
dari segi akhirat, negeri yang abadi

segalanya Allah aturkan,
tapi kita kena buat pilihan.
pilihan tu ditangan kita.


lepas PMR mungkin banyak masa,
bukan mungkin !
memang banyak masa !


aturkan dengan sebaiknya
masa yang terluang tu.
sesungguhnya,
waktu itu ibarat pedang,
jika kamu tidak memotongnya,
dia memotong kamu



Al-Quran kan ada 30 juzu'  ;)


'ala kulli hal,
doakan ana dan sahabat seperjuangan
putera atau puteri
dalam PMR jua SPM
dan mudah mudahan,
berjaya dunia dan akhirat

'SEGALA YANG BERLAKU,
ADA HIKMAHNYA.
ALLAH TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU
YANG SIA-SIA DAN RUGI UNTUK HAMBANYA'THINK POSITIVE IN EVERY SIDE :)(:




the wake upper.
mohd abid azhar
wake.Up !


Saturday, May 28, 2011

-SYRIA-

assalamualaykum

alhamdulillah
selamat sampai di bumi anbiyaa'

SYRIA.DAMASCUS.DAMSYIK.DIMASH

best amat !
sejuk !
online dekat cc yang terletak dekat hotel !

bertahun dah tak masuk cc
masuk juga akhirnya !

papapun, tak leyh na tulis panjang
masa tak dak

doakan kami nahhh !

rindu malaysia
suka syria  : ) ( :


assalamualaykum
kullu a'm wa antum bikhair



the.wake.upper





Monday, May 16, 2011

-janji-



Awak,

saya nak awak tahu, 

saya tak boleh janjikan awak kebahagiaan
sebab kebahagiaan tu bukan milik saya.

saya tak boleh janjikan awak kasih sayang
sebab kasih sayang tu bukan milik saya.

saya tak boleh janjikan awak ketenangan.
sebab ketenangan tu bukan milik saya.

saya tak boleh janjikan awak kesenangan
sebab kesenangan bukan milik saya.

saya tidak boleh janjikan awak cinta
sebab cinta tu bukan milik saya.

awak,

saya tidak boleh janjikan awak walaupun satu benda.
sebab segalanya yang ada pada saya bukanlah milik saya..

saya hanya melakukan apa yang saya mampu agar
saya dan awak tetap di atas jalan Nya..

saya hanya redha atas apa yang berlaku
sebab saya tahu Allah telah sediakan hikmahnya.

saya hanya bertawakkal atas apa akan berlaku
sebab tawakkal itu menguatkan saya.

saya tetap berdoa walau apa pun yang berlaku
kerana itulah yang saya ada.

saya takut.

saya takut sebab saya,
awak leka dengan dunia..

saya takut sebab saya,
awak hanyut dibuai perkara yang indah.

saya takut sebab saya,
awak yang menanggung di DUNIA sana

saya sanggup lihat awak menangis.
saya sanggup lihat awak sedih.
saya sanggup biarkan awak keseorangan..

tapi
saya tak sanggup sebab diri saya,
punca jatuhnya iman awak.

awak jangan sedih, 
kerana Allah sentiasa bersama awak..

awak jangan risau,
kerana Allah ada untuk menenangkan awak..

awak jangan rasa awak keseorangan
kerana Allah ada bersama awak..

ingatlah awak,

saya tak kekal..
cinta saya tak kekal.
perasaan saya tak kekal.
rupa saya tak kekal.

awak mintalah daripada
Yang Maha Kekal,
yang terbaik untuk awak.
Dia mampu memberikan segalanya.



mohd abid azhar
 wake Up !




Wednesday, April 20, 2011

- Allah kan Ada -

السلام عليكم


setelah agak lama saya tak update blog neh..
saya update jugak..
saya juga ambil kesempatan ini untuk memohon maaf
kerana tidak update blog ni..
maafkan saya ya wahai semua -1.23 JUTA- pembaca blog saya -perasan gila !-
tapi 
( ! إن شاء الله ) 



Okayy~

kembali kepada niat asal saya..
sebenarnya,
ada satu cerita saya nak cerita kat kamu semua..


Pada hari Isnin
18 April 2011
saya bertolak ke Kelantan untuk melawat abang saya yang 
belajar kat sana..
dan saya pulang pada hari Rabu
20 April 2011

Pada hari Isnin tu juga..
yakni hari untuk tangkap gambar kelas di sekolah..
sebenarnya hari Ahad.. tapi dah cikgu tak mau..
kena tukar pi hari Isnin..
saya plak tak mai.
dan pada hari isnin tu juga, ada sesi fotografi
untuk kelab dan persatuan
tak dapat tangkap gak..



Kebetulan pula malam sebelum bertolak tu,
ada orang mai habaq kata saya ada masalah kat belah puteri di sekolah saya..
masalah yang saya tak tahu..

dalam perjalanan tu lahh..



saya mula fikir



berdoa


Ya Allah..
macam-macam masalah dah timbul dalam kehidupan aku neh..
Engkau bantulah aku 
dalam setiap perbuatanku..
dalam setiap percakapanku..
dalam setiap langkahku..
dalam setiap keputusanku..
dan 
Engkau berilah jalan penyelesaian bagi setiap masalah aku..

then, 
saya pun tertidur dalam hati yang penuh tawakkal..
dah laa tak dapat tangkap gambar untuk majalah Ilham tahun depan..
ada masalah plakk..

dalam sedang tidur tuu,


Allah berikan satu mimpi


dalam mimpi tu,
mak saya cakap..
( sudah dibahsuai dari cerita asal ) ; )
.
Allah dah menentukan..
kita merasmikan..
Allah dah tentukan..
Kita hanya merancang..

yang saya faham dalam mak saya punya speech tu
kita merancang, Allah yang tentukan.. jangan laa risau
dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
benda tu lah yang ada dalam fikiran dan diyakini dengan hati

Jadi saya pun bangun dengan hati yang tenang
mengingatkan apa yang Allah dah sampaikan..
dan tawakkal atas apa dah berlaku dan bakal berlaku

tapi hati-hati lah
mimpi tu mainan tidur..
ada yang betul dan ada yang tak..



-moral of the story-

apa yang saya cuba sampaikan disini..
kita semua ada masalah kan..
tak kira laa dia tu siapa pun
kalau dia tak da masalah dalam hidup dia even sikit
memang best lah..
kita semua ada masalah dan kadang-kadang kita tak tau 
mana nak cari jalan penyelesaian.
dan ingatlah bahawa setiap masalah tu ada jalannya..
masa tu la kita lupa bahawa 

Allah sentiasa ada untuk kita
Allah sentiasa tunggu kita minta kat Dia
Allah sentiasa tunggu bila kita nak ingat Dia
tapi
 kita lupa kat Dia sedangkan Dia selalu ingat kita
kita tak cari Dia bila ada apa-apa masalah
yang lebih teruk sampai ada yang marah Dia..
derhakanya kita



Ya Allah,
Engkau ampun lah dosa kami yang telah menderhaka kepada Mu
Engkau berilah jalan yang lurus kepada setiap masalah kami Ya Allah
Engkau permudahkan setiap cabaran dan dugaan kami Ya Allah..
Engkau bukalah pintu hati kami supaya kami dekat denganMu Ya Allah..
Engkau lapangkanlah hati kami dan buanglah sifat sayangkan dunia dari hati kami Ya Allah
Engkau bantulah kami dalam menundukkan nafsu kami Ya Allah..
Sesungguhnya kepada Engkau satu-satunya tempat kami mengadu dan memohon
Engkaulah Maha Pengampun maka Engkau ampunkan lah dosa kami
samada kami sengaja atau tidak sengaja
kami sedar atau tidak sedar..
kami tahu atau tidak tahu..
Ya Allah, 
Engkau berilah apa yang terbaik untuk kami
Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami

-amin-
آمين

dan ingatlah
apa yang berlaku atas diri kita
ada hikmahnya
benda yang kita mahu atau kita tak mahu
tetap ada hikmahnya
Allah bukan saja-saja buat macam tu
Allah tak ada masa nak 'saja-saja'
jadi janganlah risau atas apa yang berlaku
dan fikirlah akan hikmahnya untuk menenangkan hati mu

jadi, saya hanya menunggu 
apa hikmahnya atas apa yang dah berlaku 
: )( ;



اذكروا الله، الله سوف تذكر لك
-Ingatlah Allah maka Allah akan mengingatimu-

^_^


wake Up ! 
! استيقظ

mohd abid azhar
the.wake.upper

Friday, February 18, 2011

-2011-


Assalamualaikumm..
minta maaf sangat-sangat lama tak update blog..
( eleh, minta maaf paaa, orang bukan baca pun )

tahun 2011 neh,
tahun yang amat amat amat

MENCABAR !!!



tahun neh jugak lah jadi pengawas..



tahun neh jugak lah jadi naqib




dan yang paling penting..
tahun neh jugak lahh PMR



mcm biasa laa sekolah..
bulan satu dah banyak bab belajar..
rasa masa pantas benorr..
salah satu tanda kiamat tuhh..
fuhh..

masuk bulan dua pulak.. 
bulan yang agak memenatkan..

bulan dua juga ada seminar nuqoba..
seminar konon nyaaaa..



dan amanah tuu, satu benda yang berat..



Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz masa tamrin tu,
Allah menyedarkan kelemahan kita melalui amanah..
Abang Muzakkir pernah kata,
amanah yang di terima dpt menaikkan martabat seseorang
dan menjatuhkan martabat seseorang.



Jadi naqib bukan benda yang mudah juga..
syiar islam ada di bahu kita..
asas kemajuan maktab, bergantung kepada kita..
tapi kita tetap mencuba..
semoga Allah bersama kita..


-bulan 2 sukan pulaaa-
memang penat..


saya cuma masuk 3 acara jea..

yang pertamaa..


yaaa, bola sepak dan telah mendapat pingat emas..

yang keduaaa.. 


 telah mendapat pingat perak.. : )

yang ketigaaa..

juga mendapat pingat perakk.. : )


Sekian bulan sukann.. : D


Sekarang nak focus untuk STUDY pula..
( focus konon.. haha )


banyak lagi yang perlu saya belajar neh..
PMR nak dekat dah..
kalau nak berjaya..
kena laa istiqomahh..
kena laa jaga hubungan dengan Allah..
kena laa jaga hubungan sesama makhluk..
orang beriman tidak akan pernah kenyang dengan amalan..

kalau kita kecundang..
ingatlah..


dan
 teruskan berdoa..


 akhir kata..

'JAGALAH ALLAH SUPAYA ALLAH MENJAGAMU'



Wake Up !!

-abid azhar-
the wake upper

Saturday, December 4, 2010

-indah kan hidup dengan orang yang kita sayang.. -

Assalamualaykum~

Dalam hidup neh,
Kalau kita hidup dengan orang yang kita sayang..
mesti best..
Kalau kebahagiaan menjadi kekal kepada kita..
mesti cun arh !
Kalau semua yang kita sayang, sentiasa bersama kita..
mesti x kan sedeyh..

Dalam hidup neh, sapa x bercinta ?
Kalau ada, meh jumpa aku..
na kawan ngan dia..
Selama aku hidup, tak pernah jumpa lagi laa..


Cinta..

Aku kenal erti cinta..
Masa darjah 6 lagi..
( pehhh ! nafsu benor ! )
Aku tak sangka plak na dpt awek yang x iktiraf
secomel tu..
Dia baek..
Tapi, aku kenal dengan dia..
aku hanya faham erti cinta..

Bila break dengan dia sbb haram..
dia sedeyh..
aku pun sedeyh..
tapi hukum Allah yang mengatur dunia..
dan akhirat..
aku sabar.. aku gtaw dia, 
kalau ada jodoh.. 
kita tetap bersama.
dia rasa tak,
dia couple laen..
Aku tak kesah sebab aku ada Allah bersama..




Bila dah masuk Maktab Mahmud Alor setar
aku sedikit sebanyak dpt menguasai ilmu
duniawi dan ukhrawi
dan cuba untuk jadi khalifah di muka bumi
tu tanggungjawab kita kan ?
tapi, bila aku belajar banyak benda..
aku tgk..
dunia dah mcm laen dah..
banyak pembohongan..
banyak yang dikawal nafsu..
banyak yang tertipu..

Aku cuba menjadi yang terbaik..
even aku takkan..


Dalam maktab mahmud..
aku pulak 'TER' layan nafsu..
( tgk baek2, 'ter' nahh ! )
aku kenal erti 'Setia' dan 'Cinta'
sekali gus !
daripada seorang makhluk kepada makhluk..
tapi aku x layak untuk dia..

Aku fikir2 balik, kenapa dalam percintaan kita,
x sempurna ?
cinta dari orang laen..
setia dari orang laen..
pandang pertama dari orang laen..

kenapa eh ?
bila aku fikir-fikir semula 
( fikir tu hobi aku )
banyak yang aku dah terlanjur..
banyak yang aku melayan nafsu..
banyak perkara aku buat,
semua Allah larang..
mcm neh nak jadi khalifah ?
( pi dahhhh ! x layak arh ! )

Tapi aku masih cuba untuk jadi yang terbaek..
mengikut suruhan Allah, yang mana terbaik bagiku..
mengikut sunnah Nabi S.A.W, yang mana aku mampu..

Nafsu tu ibarat api..
Seronok bila kecil-kecil..
Boleh dekat-dekat..
Boleh main-main..

Tapi,

Bila API tu mula membakar diri..
lupa siapa yang menciptakan API dan DIRI
lupa siapa yang mengira pahala dan dosa 
di kanan dan kiri..

Bila dah hangus menjadi debu,
berlinangan air mata..
Merasa keji dan hina..
Memohon taubat daripada-NYA
tu pun, entah diterima atau tak ?
Itu kerja-NYA..

Kita hanya mampu merancang,
 yang menentukan tu Allah..
Kita hanya mampu usaha dan berdoa..
yang membalas tu Allah..

tidak perlu mencari teman secantik Balqis
andai diri tak sehebat Sulaiman
tidak perlu seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar
mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tidak setulus Zulaikha
mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah
andai tidak sesempurna Rasulullah S.A.W

Tabahlah wahai sahabatku,
jika apa yang berlaku,
tidak seperti diharapkan..

Teruskan berdoa wahai sahabatku,
Doa itu perisai orang beriman

Ikutlah arahan Allah wahai sahabatku..
Itu sesungguhnya tanggungjawab kita..

Terimalah nasihat yang baik dengan hati yang terbuka.
Dan jauhi dari dipandang hina..

Janganlah bersedih kerana dunia,
Akhirat itu lebeyh indah 
Jika beramal di dunia hanya kerana NYA

Janganlah melampaui batas,
Itu amat dibenci-NYA..

Jaga cinta mu..
Jaga iman mu..
Jaga nafsu mu..
Jaga diri mu..

Dunia sekarang bukan seperti yang kita inginkan wahai sahabat..
Sedarlah !











Wake Up !
the.wake.upper
Mengot